Pemerolehan Bahasa Kedua
Pengertian pemerolehan bahasa (language acquisition) berbeza dengan pembelajaran bahasa (language learning). Menurut Stephen D. Krashen, Pemerolehan bahasa ini menjurus kepada kemampuan linguistik yang telah dihayati secara alami atau tanpa disedari dan memusatkan pada bentuk-bentuk linguistik (kata-kata). Pembelajaran bahasa juga memiliki makna yang sebaliknya iaitu dilakukan dengan keadaan individu itu sedar dan merupakan hasil situasi belajar secara formal. Konteks pemerolehan bahassa bersifat semulajadi, sedangkan pembelajaran menjurus kepada situasi formal kerana lebih kepada ada sukatan pembelajaran. Seseorang individu yang belajar bahasa (pembelajaran) disebabkan motivasi prestasi, sedangkan memperoleh bahasa (pemerolehan) biasanya karena motivasi komunikasi. Belajar bahasa ditekankan untuk menguasai sesuatu ilmu, sementara pemerolehan bahasa untuk menguasai ketrampilan berkomunikasi. Menurut Stephen D Krashen, sistem pemerolehan (acquisition system) adalah proses penguasaan bahasa kedua secara bawah sadar. Maksudnya, ilmu-ilmu bahasa dihayati dalam keadaan separuh sedar.
PEMEROLEHAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI
BAHASA KEDUA DALAM PELBAGAI KONTEKS DI MALAYSIA.
Umum
mengetahui bahawa bahasa Inggeris pada masa kini semakin kerap digunakan oleh
mesyarakat dalam pelbagai situasi sama ada situasi formal mahupun situasi tidak
formal. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa yang
akan difahami oleh warga asing ketika kita berkomunikasi dengan mereka berbanding
kita berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa sangatlah penting untuk seseorang itu menguasai bahasa kedua seperti
bahasa Inggeris. Oleh itu, terdapat beberapa kajian atau eksperimen yang telah
dijalankan oleh para ahli psikolinguistik tentang penguasaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua di Malaysia. Kajian dilakukan ke atas:
1) Analisis
Kesalahan Ke Atas Karangan Bahasa Inggeris.
Para
ahli psikolinguistik telah menjalankan kajian analisis kesalahan ke atas
karangan bahasa Inggeris yang ditulis oleh pelajar penutur asli bahasa Melayu
yang berusia 13 tahun. Ketika usia baru mencapai 13 tahun, pelajar ini baru
sahaja masuk ke sekolah menengah dan pengetahuan tentang bahasa Inggeris juga
tidak mendalam. Dalam kajian yang dijalankan, para ahli psikolinguistik
mendapati terdapat penggunaan yang tidak tepat terhadap kata sandang bahasa
Inggeris seperti “a”, “the” dan “an” dalam karangan pelajar tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana hokum kerserasian subjek dan kata kerja (Subject-verb
agreement rules) dan penggunaan kopula “be” (copula “be”) juga turut menjadi item nahu bahasa Inggeris yang sukar
difahami oleh pelajar sekali gus menyukarkan mereka menggunakan nahu tersebut
dalam kehidupan seharian sama ada secara formal mahupun tidak formal. Nahu
bahasa Inggeris dan nahu bahasa Melayu memiliki perbezaan yang ketara dalam
penggunaannya. Oleh itu, jelaslah bahawa perbezaan nahu telah menyebabkan
kesukaran bagi seseorang pelajar itu menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
2)
Kajian
Ke Atas Pelajar Melayu Di Sesebuah Universiti Tempatan Di Malaysia.
Terdapat
juga kajian yang dilakukan ke atas pelajar Melayu di sesebuah universiti
tempatan di Malaysia. Kajian yang telah dilakukan menggunakan sistem
“penasihat” (“advisory”). Sistem ini
menggunakan sistem “penasihat” iaitu dimana seorang pakar bahasa akan menjadi
penasihat kepada beberapa orang pelajar yang sedang mempelajari bahasa Inggeris
secara berautonomi. Menurut Teori Perkembangan Sosial Vygotsky, penasihat akan
menjadi pembimbing kepada pelajar berkenaan apabila mereka berada di ZPD (Zon
Perkembangan Proximal). Dalam konteks ini, penasihat iaitu pakar bahasa
tersebut hendaklah sentiasa berada dalam persekitaran pembelajaran bahasa
pelajar tersebut bagi membantu mereka dalam melakukan aktiviti-aktiviti bahasa
yang mereka tidak dapat lakukan secara sendirian. Selain daripada penasihat seperti
pakar bahasa, mereka juga memerlukan rakan-rakan sebaya dalam membantu proses
pemerolehan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka serta dapat membantu
mereka menggunakan bahasa kedua tersebut dengan lancar. Sebelum ini, kebanyakan
kanak-kanak menggunakan kaedah Zon
Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development) ini bagi mendapatkan
bahasa kedua mereka. Namun demikian, bagi orang dewasa yang ingin menguasai
bahasa Inggeris sebagau bahasa kedua dengan lancar juga boleh menggunakan
kaedah tersebut dan ia berkesan dalam kajian yang telah dijalankan.
3) Kajian
Ke Atas Penutur Bahasa Parsi Yang Mempelajari Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua.
Ahli
psikolinguistik juga telah menjalankan kajian ke atas penutur asli bahasa
Parsi. Dalam kajian ini, penutur asli bahasa Parsi mempelajari bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua mereka. Kajian telah dijalankan dengan tujuan untuk
melihat pengaruh pendedahan input dalam persekitaran formal dan pengaruh usia
ketika pendedahan kepada bahasa asing bermula ke atas kemahiran berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan penutur
asli bahasa Parsi. Kajian yang dijalankan juga telah menggunakan metode soal
selidik iaitu menerusi ujian penilaian gramatis (Grammaticality Judgement Test). Dalam konteks ini, penutur asli
bahasa Parsi akan menjawab soal selidik yang telah dijalankan. Kajian yang
telah dijalankan telah membuktikan bahawa tempoh pembelajaran bahasa Inggeris
secara formal yang lebih panjang telah mambantu penutur asli bahasa Parsi untuk
menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan baik. Selain itu,
pendedahan yang lebih awal terhadap bahasa Inggeris juga membantu penutur asli
bahasa Parsi dalam menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dengan baik
dan lancar. Kedua-dua perkara tersebut sangatlah membantu penutur asli bahasa
Parsi menjawab penilaian gramatis dengan baik serta dapat membuktikan bahawa
mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan lancar.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
jelaslah bahawa pemerolehan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bukanlah satu
perkara yang sukar bagi seseorang individu. Setiap individu hendaklah menguasai
bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa yang boleh difahami
oleh semua orang. Selain itu, bahasa Inggeris juga akan menjadi bahasa
komunikasi antara dua penutur bahasa dari negara yang berbeza. Oleh itu,
melalui kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikolinguistik jelaslah bahawa
setiap individu dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan lancar sama ada
dalam tempoh yang singkat mahupun lama.
RUJUKAN
Danny D. Steinberg terjemahan Azhar M. Simin (1990).
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat (2016). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Khazriyati Salehuddin (2018). Psikolinguistik
Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa.
Universiti
Kebangsaan Malaysia
Soenjono Dardjowidjojo (2003). Psikolinguistik:
Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia.
Yayasan Obor Indonesia
Stephen D. Krashen, Second Acquisition and Second
Language Learning, (Pergamon Press
Inc, University of
Southern California: 1981
Google (2022). Teori Pemerolehan Bahasa. Diperolehi
pada 1 Disember 2022 daripada
https://educhannel.id/blog/artikel/teori-pemerolehan-bahasa