AFASIA?
Afasia
merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan
itu perkara tersebut sekali gus melumpuhkan kebolehan seseorang individu untuk
berkomunikasi dengan lancar. Seorang individu yang mengalami afasia berbeza
dengan seorang individu yang mengalami disleksia. Dalam hal ini, terdapat
beberapa tanda-tanda penting yang menunjukkan bahawa seseorang individu itu
mengalami afasia. Tanda seseorang itu mengalami afasia ialah individu itu akan
mengalami kesukaran dalam berkomunikasi secara pertuturan dengan individu lain.
Tanda yang seterusnya ialah kesukaran memahami pertuturan orang lain dan turut
mengalami kesukaran untuk membaca serta menulis.
Afasia
ini kebiasaanya disebabkan oleh kerosakan di bahagian pusat bahasa yang terletak
pada otak manusia. Kerosakan yang berlaku ini berkemungkinan besar disebabkan
oleh angina ahmar atau kecederaan fizikal seseorang individu tersebut. Terdapat
beberapa jenis ketidakupayaan seseorang individu juga dianggap sebagai afasia
seperti Aleksia (ketidakupayaan untuk membaca), Agraphia (ketidakupayaan
untuk menulis), Anomia (ketidakupayaan untuk menamakan objek) dan sebagainya.
Terdapat beberapa jenis afasia iaitu Afasia Broca, Afasia Wernicke, Afasia
Anomik, Afasia Sejagat (Global), dan Afasia Konduksi.
Afasia
Broca (Afasia Riak)
Afasia
Broca merupakan kerusakan terjadi pada bahagian Broca yang terletak di otak
manusia. Area Broca ialah bahagian daripada otak manusia yang terletak di gyrus
frontalis inferior, pars triangularis pada lobus frontalis korteks otak besar.
Bahagian Broca ini berperanan dalam memproses bahasa, serta kemampuan dan
kefahaman seseorang itu untuk berkomunikasi. Bahagian Broca ini terletak
bersebelahan dengan bahagian otak yang dikenali sebagai “Wernicke”. Kedua-duanya
ditemukan hanya pada salah satu belahan otak manusia sahaja dan umumnya ditemui
pada bahagian kiri otak manusia.
Gambar
1: Bahagian Broca dan Wernicke pada otak
Afasia
Broca ini menyebabkan berlakunya masalah dalam diri seseorang individu itu
untuk berkomunikasi dengan individu lain. Seseorang individu yang mengalami Afasi Broca ini pada umumnya mengalami
pertuturan yang tidak lancar. Pertuturan yang dikeluarkan dari mulut seseorang
yang mengalami Afasia Broca ini akan terputu-putus perkataannya. Contohnya:
“Yes
… ah … Monday … er … Dad dan Peter H … and Dad … er … hospital
… and eh … Wednesday, nine o’clock.
Ah doctors … two … and doctors …
and
er ... teeth … ya.”
Pada
contoh di atas, individu yang mengalami Afasia Broca ingin mengatakan bahawa “Dia datang ke hospital itu untuk melakukan
pemeriksaan gigi”. Hal ini juga berlaku kerana alat penyuara seseorang
individu itu juga turut terganggu apabila seseorang itu mengalami Afasia Broca.
Afasia Wernicke (Afasia Kesedaran)
Afasia
Wernicke merupakan seseorang yang tidak boleh memahami perkataan. Kadan-kadang
mereka boleh berkomunikasi dengan baik namun mereka mengujarkan
perkataan-perkataan yang sukar untuk difahami. Hal ini dikatakan demikian
kerana penderita afasia Wernicke ini sering keliru dalam memilih perkataan yang
hendak digunakan ketika berkomunikasi. Sebagai contohnya apabila dia sebelum
ini menyebut perkataan “Fair” berkemungkinan besar ketika berkomunikasi dengan
orang seterusnya dia akan menyebut “Chair”. Hal ini membuktikan penderita
afasia jenis ini sukar dalam memilih perkataan. Bahagian Wernicke yang terletak
pada bahagian otak manusia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
bahas. Area Wernicke ini dikatakan terletak di lobus temporal dan
divisualisasikan di sebelah kiri bahagian otak manusia. Bahagian Wernicke
mempunyai hubungkait dengan bahagian Broca pada otak. Bahagian Broca pada otak
manusia berperanan sebagai menghasilkan kata-kata manakala bahagian Wernicke
berperanan dalam pemahaman seseorang individu itu terhadap sesuatu perkataan.
Contoh ujaran yang akan dikatakan oleh pederita afasia Wernicke:
Well, this is … mother is away here working her work out here to
get her better, but when she’s looking,
the two boys looking in the
other part. One their small tile into
her time here. She’s working
another time because she getting, too …
Berdasarkan
contoh di atas, penderita afasia jenis ini telah menggambarkan tentang
peristiwa di mana terdapat dua orang anak sedang mencuri kuih sementara ibunya
sedang menoleh ke arah lain.
Afasia
Anomik (Afasia Nominal)
Afasia
Anomik ialah sejenis afasia dimana seseorang itu mengalami gangguan dalam
berkomunikasi dengan orang lain kerana ketidakmampuan penderita afasia ini
untuk mengaitkan konsep dan bunyi atau kata yang mewakili sesuatu perkara
tersebut. Sebagai contohnya, apabila pesakit yang mengalami afasia jenis ini
diminta untuk mengambil benda yang bernama gunting, penderita afasia jenis ini
berjaya mengambil gunting tersebut dan memahami arahan yang telah diberikan.
Namun, apabila kita menunjukkan gunting kepada penderita afasia jenis ini, dia
tidak akan dapat menamakan bahawa objek yang ditunjukkan tersebut ialah
gunting.
Afasia Global (Afasia Sejagat)
Afasia
jenis ini memberi kesan yang sangat buruk kepada penderita afasia jenis ini.
Hal ini dikatakan demikian kerana, penderita afasia jenis ini akan sukar untuk
memahami percakapan orang lain, ujaran mereka tidak mudah difahami orang lain
dan kata-kata yang dikeluarkan dari mulutnya dia diucapkan dengan jelas. Kebanyakan
penderita afasia jenis ini disebabkan oleh kecederaan yang terlalu parah
sehingga mengganggu bahagian Broca dan Wernicke di otak. Terdapat juga pendapat
yang mengatakan bahawa penderita afasia jenis ini juga berkemungkinan besar
tidak dapat membaca atau menulis.
Afasia
jenis ini melibatkan afasia di mana seseorang itu tidak dapat mengulang kata
yang baru sahaja dikatakan kepadanya. Dalam konteks ini, dia dapat memahami apa
yang dikatakan oleh individu lain namun dia tidak dapat mengulangi perkataan
atau ujaran yang telah diujarkan oleh individu tersebut. Sebagai contohnya, apabila
disuruh untuk mengambil pen di atas meja penderita afasia jenis ini akan bias berbuat
demikian dan dia juga akan dapat mengatakan bahawa “Pen itu di atas meja”. Namun demikian, apabila ditanya “Di manakah
pen?”, dia tidak akan dapat menjawab pertanyaan tersebut. Dalam hal ini,
berkemungkinan besar juga dia akan menjawab soalan tersebut dengan jawapan yang
tidak tepat seperti apabila ditanya tentang A, berkemungkinan besar dia akan
menjawab dengan jawapan B atau C.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
jelaslah bahawa terdapat pelbagai jenis afasia yang perlu kita ketahui seperti
Afasia Broca, Afasia Wernicke, Afasia Anomik, Afasia Global dan Afasia
Konduksi. Semua afasia ini memiliki ciri-cirinya tersendiri dan pelbagai
masalah yang berbeza jika mengalami afasia tersebut. Sekian, terima kasih.
RUJUKAN
Danny D. Steinberg terjemahan Azhar M. Simin (1990).
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan Edisi Keempat (2016). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Khazriyati Salehuddin (2018). Psikolinguistik
Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa.
Universiti
Kebangsaan Malaysia
Soenjono Dardjowidjojo (2003). Psikolinguistik:
Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia.
Yayasan Obor Indonesia
Stephen D. Krashen, Second Acquisition and Second
Language Learning, (Pergamon Press
Inc, University of
Southern California: 1981
Google (2022). Teori Pemerolehan Bahasa. Diperolehi
pada 1 Disember 2022 daripada
https://educhannel.id/blog/artikel/teori-pemerolehan-bahasa
No comments:
Post a Comment